Wednesday, March 16, 2011

Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Wanita dan UMNO Cawangan PERAH 2011

Alhamdulillah, seramai 42 ahli UMNO cawangan Perah telah menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama, parti, bangsa  dan negara dengan menghadiri Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan UMNO cawangan Perah yang telah diadakan pada 13 Mac 2011 (Ahad) di Dewan Orang Ramai Kampung Perah. Mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang telah dihadiri oleh Sdr. Wan Azizi bin Dato' Seri Wan Mohamed, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gerik dan Sdr. Mohd Faizul bin Hj. Mohd Dahan, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Gerik.

Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita Kampung Perah dimulakan pada jam 3.00 ptg dengan dihadiri oleh Pn. Intan sebagai wakil bahagian. Manakala Pergerakan Pemuda memulakan persidangan pada jam 3.30 petang dengan di hadiri oleh sdr. Mohamad Fadli Harun sebagai wakil bahagian.

Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan Perah bermula pada jam 4.00 petang. Dipengerusikan oleh Pengerusi tetap cawangan, Tn. Hj. Harun bin Saman. Sdr. Wan Azizi di dalam ucapan penggulungan menyeru semua yang ahli hadir dapat mengukuhkan perpaduan dan menguatkan persaudaraan dalam memastikan BN terus mendapat mandat dalam PRU ke 13. Beliau juga meminta semua terutamanya Pemuda terus memainkan peranan dalam memastikan kesinambungan kepimpinan bagi generasi akan datang.

Senarai Perwakilan yang terpilih.

Pergerakan Wanita.
1. Pn. Saodah binti Draman (Ketua Wanita Cawangan)
2. Pn. Habsah binti Hassan (Timbalan Ketua Cawangan)
3. Pn. Anita binti ahmad (Setiausaha)
4. Pn. Zawaherah binti Mat Aris
5. Pn. Zaharidah binti Hassan

Pergerakan Pemuda
1. Tengku Nordin bin Tengku Abd. Aziz (Ketua Pemuda Cawangan)
2.Muhammad Nasir bin Marzuki (Timbalan Ketua Pemuda Cawangan)
3. Sdr. Mohd Amri bin Zainal (Setiausaha)
4. Sdr. Mohd Sabri bin Abd. Aziz
5. Sdr. Mat Yusoff bin Hassan Basri

UMNO Cawangan
1. En. Ishak bin Abd. Wahab (Ketua Cawangan)
2. En. Mohamad Fadli bin Harun (Timbalan Ketua Cawangan)
3. En. Kamaruddin bin Mat hashim (Setiausaha)
4. En. Ismail bin Ahmad
5. En. Abd. Aziz bin Ahmad

Usul Cawangan
1. Berharap Jambatan Sungai Perak menjadi kenyataan
2. Memohon paip utama ke Pengkalan 50
3. Memohon wakil rakyat selalu turun padang
4. Memohon alatan gotong royong
5. Percepatkan padang futsal.

Alhamdulillah, persidangan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini . Persidangan Tahunan UMNO cawangan Perah serta Pergerakan Sayap ditangguhkan pada jam 5.50 petang. Diakhiri dengan jamuan mi kari dan kuih muih.

Pengerusi tetap persidangan, Tn. Hj. Harun bin Saman memulakan persidangan
Wakil Bahagian, Sdr. Wan Azizi bin Dato' Seri Wan Mohamed, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gerik dalam ucapan penggulungan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...