Sunday, March 27, 2011

Gotong Royong Kampung Perah Kali ke 2 (2011)

Gotong royong menebas dan mesin rumput di sepanjang Kampung Perah telah diadakan pada 27 Mac 2011. Gotong royong kali kedua bagi tahun 2011 telah disertai oleh lebih 40 orang dari kalangan dewasa, belia, dan wanita Kampung Perah.

Bermula pada jam 8.30 pagi dengan berkumpul di Masjid Al-Wahidah Kampung Perah. Selepas mencatatkan nama di dalam buku kehadiran, peserta di bahagikan kepada 3 kumpulan untuk melicinkan dan memudahkan penyelarasan kerja.



Kumpulan pertama membersihkan kawasan Masjid Al-Wahidah. Kumpulan kedua mengambil tempat memesin dan menebas di sepanjang jalan dari kawasan masjid sehingga ke Pasir Buaya, sementara kumpulan ketiga melakukan kerja pembersihan di jalan ke Simpang Perah.

Kerja-kerja gotong royong dapat diselesaikan pada jam 11 pagi hasil komitmen dan kerjasama semua. Terima kasih diucapkan. Dicadangkan gotong royong membersihkan kampung akan diadakan pada setiap bulan. Di harapkan lebih ramai penduduk kampung akan tambil menyumbang tenaga dan keringat. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

Gambar-gambar GOTONG ROYONG KALI KE-2 (2011)



nama-nama yang hadir

nama-nama yang hadir- sambungan




Muafakat Membawa Berkat




berehat melepaskan lelah

Pemuda/Belia yang turut membantu

Penat, tapi maintain...

Tok Ketua sedang mengatur strategi untuk melicinkan gotong royong

Bergerak ke tempat yang telah ditetapkan





membersihkan jalan ke padang bola




Puas, selepas selesai gotong royong



















Wednesday, March 23, 2011

Pelepasan Benih-Benih Ikan Temoleh

Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Merupakan sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.
Sungai Perak pernah menjadi syurga kepada ikan air tawar seperti Ikan Tengalan (Puntius bulu), Ikan Toman (Channa micropeltes), Ikan Jelawat, dan pelbagai spesis lagi. Malangnya, ikan-ikan ini semakin pupus.

Atas kesedaran untuk memastikan spesis-spesis ikan ini kekal di Sungai Perak, Pejabat Perikanan Daerah Hulu Perak telah mengambil inisiatif untuk menambah bilangan spesis ikan-ikan tertentu dengan melepaskan benih-benih ikan Temoleh sebagai permulaan.


Ikan Temoleh atau juga dikenali sebagai Temelian merupakan sejenis ikan air tawar yang semakin jarang ditemui terutamanya di sungai Perak.. Nama saintifiknya adalah Probarbus jullieni.

Bekalan benih-benih ikan tersebut diperolehi melalui Pusat Perikanan darat Banding yang beralamat di KM 38, Lebuhraya Timur-Barat.  Pelepasan benih-benih ikan Temoleh yang bersaiz sekitar 2'-3' tersebut telah dilakukan sendiri oleh Ketua Daerah Perikanan Hulu Perak, Encik. Zainuddin bin Yaacob bersama Ketua Kampung Perah, En. Kamaruddin bin Mat Hashim pada 23 Mac 2011 di Pasir Buaya, Kampung Perah.

Ikan Temoleh




Adalah diharapkan 1500 benih ikan Temoleh yang telah dilepaskan ke Sungai Perak tersebut dapat berkembang biak dan menambahkan lagi kepelbagaian spesis hidupan air tawar di Sungai Perak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pejabat Perikanan Daerah Hulu Perak atas inisiatif ini. Semoga selepas ini benih-benih ikan dari spesis lain akan turut dilepaskan ke Sungai Perak bagi memastikan spesis-spesis ikan yang unik ini akan terus boleh ditatapi oleh generasi akan datang.

Akuan Terima Benih Temoleh



En. Kamaruddin bin Mat Hashim, Ketua Kampung (dua dari kiri) dan En. Tg. Nordin bin Tg. Abd. Aziz , ahli JKKK (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama kakitangan Pusat Perikanan Darat, Banding

Ketua Kampung Perah melepaskan benih ikan temoleh ke Sungai Perak dengan dibantu kakitangan Pusat Perikanan Darat Banding

Menandatangani Akuan Terima Benih

Bersama En. Zainuddin Yaacob, Ketua Daerah Perikanan Hulu Perak









Banjir di Kampung Perah

Hujan lebat pada hari ini menyebabkan air Sungai Perah melimpah ke jalan. Ini berlaku disebabkan kelubung yang dibina terlalu rendah dan kecil sehingga tidak mampu menampung aliran sungai terutamanya ketika hujan lebat.

Cadangan bagi mengatasi masalah ini ialah meninggikan dan melebarkan kelubung sedia ada serta menaik taraf sistem perparitan di sekitar kawasan tersebut. Minta pihak berkuasa memantau perkara ini kerana batu konkrit yang baru sahaja diletakkan di kawasan kelubung tersebut telah runtuh serta dikhuatiri akan runtuh sepenuhnya dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk sekiranya tiada sebarang tindakan diambil.


Air melimpah ke atas jalan


Wednesday, March 16, 2011

Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Wanita dan UMNO Cawangan PERAH 2011

Alhamdulillah, seramai 42 ahli UMNO cawangan Perah telah menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama, parti, bangsa  dan negara dengan menghadiri Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan UMNO cawangan Perah yang telah diadakan pada 13 Mac 2011 (Ahad) di Dewan Orang Ramai Kampung Perah. Mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang telah dihadiri oleh Sdr. Wan Azizi bin Dato' Seri Wan Mohamed, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gerik dan Sdr. Mohd Faizul bin Hj. Mohd Dahan, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Gerik.

Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita Kampung Perah dimulakan pada jam 3.00 ptg dengan dihadiri oleh Pn. Intan sebagai wakil bahagian. Manakala Pergerakan Pemuda memulakan persidangan pada jam 3.30 petang dengan di hadiri oleh sdr. Mohamad Fadli Harun sebagai wakil bahagian.

Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan Perah bermula pada jam 4.00 petang. Dipengerusikan oleh Pengerusi tetap cawangan, Tn. Hj. Harun bin Saman. Sdr. Wan Azizi di dalam ucapan penggulungan menyeru semua yang ahli hadir dapat mengukuhkan perpaduan dan menguatkan persaudaraan dalam memastikan BN terus mendapat mandat dalam PRU ke 13. Beliau juga meminta semua terutamanya Pemuda terus memainkan peranan dalam memastikan kesinambungan kepimpinan bagi generasi akan datang.

Senarai Perwakilan yang terpilih.

Pergerakan Wanita.
1. Pn. Saodah binti Draman (Ketua Wanita Cawangan)
2. Pn. Habsah binti Hassan (Timbalan Ketua Cawangan)
3. Pn. Anita binti ahmad (Setiausaha)
4. Pn. Zawaherah binti Mat Aris
5. Pn. Zaharidah binti Hassan

Pergerakan Pemuda
1. Tengku Nordin bin Tengku Abd. Aziz (Ketua Pemuda Cawangan)
2.Muhammad Nasir bin Marzuki (Timbalan Ketua Pemuda Cawangan)
3. Sdr. Mohd Amri bin Zainal (Setiausaha)
4. Sdr. Mohd Sabri bin Abd. Aziz
5. Sdr. Mat Yusoff bin Hassan Basri

UMNO Cawangan
1. En. Ishak bin Abd. Wahab (Ketua Cawangan)
2. En. Mohamad Fadli bin Harun (Timbalan Ketua Cawangan)
3. En. Kamaruddin bin Mat hashim (Setiausaha)
4. En. Ismail bin Ahmad
5. En. Abd. Aziz bin Ahmad

Usul Cawangan
1. Berharap Jambatan Sungai Perak menjadi kenyataan
2. Memohon paip utama ke Pengkalan 50
3. Memohon wakil rakyat selalu turun padang
4. Memohon alatan gotong royong
5. Percepatkan padang futsal.

Alhamdulillah, persidangan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini . Persidangan Tahunan UMNO cawangan Perah serta Pergerakan Sayap ditangguhkan pada jam 5.50 petang. Diakhiri dengan jamuan mi kari dan kuih muih.

Pengerusi tetap persidangan, Tn. Hj. Harun bin Saman memulakan persidangan
Wakil Bahagian, Sdr. Wan Azizi bin Dato' Seri Wan Mohamed, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gerik dalam ucapan penggulungan

Sunday, March 6, 2011

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil setiap Malam Jumaat.

Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Al-Wahidah telah menyusun Program Bacaan Yasin dan Tahlil pada setiap malam Jumaat. Majlis yang diadakan selepas solat maghrib berjemaah dihadiri oleh semua jemaah muslimin dan muslimah.

Selepas solat Isyak pada malam yang sama, biasanya akan ada hamba Allah yang bermurah hati membawa juadah dari rumah untuk dikongsi bersama semua jemaah.

Bantuan/Projek Kampung Perah sehingga Mac 2011.

Sehingga bulan Mac 2011, Kampung Perah telah menerima beberapa projek yang mana sebahagiannya telah pun dinikmati oleh penduduk selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Antara projek yang diterima ialah projek menyelenggara dan membaik pulih Sekolah Agama Rakyat Kampung Perah berjumlah RM20,000.00. Walaubagaimanapun peruntukan tersebut masih tidak mencukupi. Masih banyak bahagian bangunan termasuk pendawaian elektrik yang perlu ditukar memandangkan keadaan bangunan tersebut yang terlalu uzur.

Pihak Sekolah Agama Rakyat juga menerima sumbangan RM5,000.00 daripada YB. Dato' Hasbullah Osman, ADUN Temengor dalam bentuk kerusi 30 dan meja 30. 

Dua puluh (20) unit lampu jalan juga telah dipasang di beberapa tempat strategik dan telah menerangi suasana malam di Kampung Perah.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya YB. ADUN Temengor, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Penghulu, Pejabat UMNO Bahagian Gerik dan lain-lain pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.






Bangunan Sekolah Agama Rakyat Kampung Perah berwajah baru.

Kontraktor bertanggungjawab.

Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Wanita dan UMNO Cawangan Kuala Rui 2011

Tarikh                     : 06 Mac 2011 (Ahad)
Tempat                   : D.O.R Kuala Rui
Kehadiran               : 45 orang
Wakil Wanita          : Pn. Fatimah binti Mat Isa
Wakil Pemuda         : En. Nor Sharim bin Md. Nor
Wakil Bahagian       : En. Naznan bin Md. Ali

Ketua Wanita Cawangan, Pn. Robiah binti Hassan sedang menyampaikan ucapan alu-aluan

Wakil Bahagian





Alhamdulillah, mesyuarat berjaya dijalankan dengan suasana harmoni dan berjalan lancar. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.45 petang dan diakhiri dengan jamuan laksa, bihun Singapore dan kuih muih. Tahniah dan syabas kepada semua ahli UMNO Cawangan Kuala Rui yang telah menunaikan tanggungjawab tuan/puan kepada agama, parti, bangsa dan negara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...