Saturday, January 22, 2011

Mesyuarat JKKK Kampung Perah bil 1/2011

Mesyuarat JKKK Kampung Perah bil 1/2011 telah diadakan pada 18 Januari 2011 di Dewan Orang Ramai Kampung Perah bermula jam 9.15 malam dengan kehadiran seramai 12/15 ahli JKKK.


Mesyuarat itu digunakan oleh Ketua Kampung untuk memaklumkan beberapa perkara yang berkaitan dengan JKKK:


1.Pelantikan semula Encik Kamaruddin bin Mat Hashim sebagai Ketua Kampung Perah merangkap  Pengerusi JKKK Kampung Perah mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2012.               
2.Biro-biro sedia ada akan dirombak selaras dengan biro yang dicadangkan dalam “Garis Panduan Pelantikan Ketua Kampung dan JKKK Negeri Perak”
3.Beliau juga memaklumkan semua Ketua Kampung layak untuk menerima
elaun bulanan sebanyak RM800.00 (Peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak
RM750.00 dan Kerajaan Negeri  RM50.00).
Ketua Kampung juga menerima elaun khas sebanyak RM150.00 sebulan bagi
membantu membiayai perbelanjaan perkhidmatan telefon bimbit dan urusan
perjalanan.
4. Setiausaha JKKK layak dibayar elaun sebanyak RM200.00 sebulan oleh
Kerajaan Negeri manakala setiap ahli JKKK akan dibayar RM50.00 sekali
mesyuarat dan tidak melebihi RM600.00 setahun untuk seorang ahli.
5.Setiap JKKK akan dibayar elaun pengendalian mesyuarat sebanyak RM100.00
untuk sekali mesyuarat dan tidak melebihi RM1200.00 setahun.
6.Setiap JKKK juga akan diberi peruntukan sebanyak RM3,000.00 setahun oleh
Kerajaan Negeri Perak sebagai wang pengurusan JKKK (Contoh: Bil utiliti,
penyelenggaraan kecil ,dll).



Senarai biro-biro  bagi JKKK Kampung Perah adalah seperti berikut;

1.Biro Kebajikan dan Bencana Alam- En. Abd. Aziz bin Ahmad
2.Biro Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan- Pn. Noor Azizah binti Arsad
3.Biro Pembangunan Ekonomi Desa-En. Wan Seman bin Wan Setapha
4.Biro Pembangunan Pelancongan-En. Jamaluddin bin Idris
5.Biro Agama Islam- Tn. Hj. Muhammed bin Idris
6.Biro Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Maklumat-En. Rosly bin Yusoff
7.Biro Pembangunan Belia, Sukan dan Kebudayaan-En. Muhammad Nasir bin Marzuki.
8.Biro Keselamatan dan Kesejahteraan Masyarakat-En. Mohd Noor bin Ariffin.
9.Biro Hal Ehwal Wanita-Pn. Wan Rhadiah binti Wan Seman
10.Biro Pembasmian Kemiskinan dan Setinggan- En. Ishak bin Hj. Md. Ali
11.Biro Perpaduan Penduduk-Pn. Nor Azahana binti Hashim
12.Biro Pembangunan Tanah dan Kelestarian Sumber Alam-En. Ishak bin Abd. Wahab.














Thursday, January 20, 2011

Pelantikan Semula Ketua Kampung Perah

Tahniah diucapkan kepada En. Kamaruddin bin Mat Hashim kerana dilantik semula sebagai Ketua Kampung Perah mulai 1 Januari 2011 sehingga 31 Disember 2012.

Surat pelantikan telah diserahkan sendiri oleh YAB Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak pada 11 Januari 2011 di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Semoga dengan pelantikan ini Kampung Perah akan terus aman, maju dan makmur di bawah pentadbiran tuan.
Perak Aman Jaya

Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat menyambut tahun baru masihi 2011-semoga tahun ini akan membawa seribu rahmat, dilimpahkan rezeki, kesejahteraan, keselamatan dan kemakmuran kepada kita semua.

Takwim aktiviti JKKK Kampung Perah bagi tahun 2011 dimulakan dengan Majlis Sambutan Tahun Baru di ambang 2011 anjuran Dun Temengor di tapak stesyen bas Gerik, mulai jam 9-12 tengah malam yang melibatkan persembahan kebudayaan, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

Pada 1 Januari 2011 pula pihak JKKK Kampung Perah menyertai Program Karnival sukan Rakyat Dun Temengor di SRJK (C) Kuala Rui.
Anggota RELA Platun Kampung Perah: Berehat selepas selesai bertugas
JKKK Kampung Perah telah menghantar 2 pasukan rakit (6 orang) bagi menyertai Pesta Rakit Parlimen Gerik yang juga diadakan pada tarikh dan tempat yang sama. Disamping itu 10 orang anggota RELA Platun Kampung Perah juga terlibat dalam kawalan keselamatan sempena program tersebut.

Saturday, January 1, 2011

Kelas Komputer

Biro Pelajaran JKKK Kampung Perah yang diketuai oleh En. Mohamad Fadli bin Harun telah mengadakan kelas komputer - asas MS Word 2007 dan Pengenalan Internet kepada murid-murid berumur 6 tahun untuk memahirkan mereka dengan asas-asas komputer sebelum mereka melangkah ke tingkatan satu. Ianya juga sebagai pengisian cuti sekolah bagi mengelakkan mereka melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Kelas ini hanya melibatkan 6 orang murid memandangkan terdapat kekangan bilangan komputer/laptop yang boleh digunakan. Ini kerana kelas komputer tidak hanya melibatkan teori semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah amalinya. Sekiranya jumlah murid ramai, kemungkinan besar murid tidak akan dapat mempraktikkan amali yang telah dipelajari.

Kelas yang diadakan setiap malam Isnin di rumah ketua biro pelajaran bermula jam 8 malam sehingga 9.30 malam dan akan berterusan sehingga berakhirnya cuti penggal persekolahan 2010. InsyaAllah kelas seperti ini akan diteruskan dan diperluaskan pada masa-masa akan datang.

Nota yang disediakan sebagai panduan


Menjalankan amali















Tekun mengikuti pelajaran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...