Wednesday, March 23, 2011

Pelepasan Benih-Benih Ikan Temoleh

Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Merupakan sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.
Sungai Perak pernah menjadi syurga kepada ikan air tawar seperti Ikan Tengalan (Puntius bulu), Ikan Toman (Channa micropeltes), Ikan Jelawat, dan pelbagai spesis lagi. Malangnya, ikan-ikan ini semakin pupus.

Atas kesedaran untuk memastikan spesis-spesis ikan ini kekal di Sungai Perak, Pejabat Perikanan Daerah Hulu Perak telah mengambil inisiatif untuk menambah bilangan spesis ikan-ikan tertentu dengan melepaskan benih-benih ikan Temoleh sebagai permulaan.


Ikan Temoleh atau juga dikenali sebagai Temelian merupakan sejenis ikan air tawar yang semakin jarang ditemui terutamanya di sungai Perak.. Nama saintifiknya adalah Probarbus jullieni.

Bekalan benih-benih ikan tersebut diperolehi melalui Pusat Perikanan darat Banding yang beralamat di KM 38, Lebuhraya Timur-Barat.  Pelepasan benih-benih ikan Temoleh yang bersaiz sekitar 2'-3' tersebut telah dilakukan sendiri oleh Ketua Daerah Perikanan Hulu Perak, Encik. Zainuddin bin Yaacob bersama Ketua Kampung Perah, En. Kamaruddin bin Mat Hashim pada 23 Mac 2011 di Pasir Buaya, Kampung Perah.

Ikan Temoleh




Adalah diharapkan 1500 benih ikan Temoleh yang telah dilepaskan ke Sungai Perak tersebut dapat berkembang biak dan menambahkan lagi kepelbagaian spesis hidupan air tawar di Sungai Perak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pejabat Perikanan Daerah Hulu Perak atas inisiatif ini. Semoga selepas ini benih-benih ikan dari spesis lain akan turut dilepaskan ke Sungai Perak bagi memastikan spesis-spesis ikan yang unik ini akan terus boleh ditatapi oleh generasi akan datang.

Akuan Terima Benih Temoleh



En. Kamaruddin bin Mat Hashim, Ketua Kampung (dua dari kiri) dan En. Tg. Nordin bin Tg. Abd. Aziz , ahli JKKK (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama kakitangan Pusat Perikanan Darat, Banding

Ketua Kampung Perah melepaskan benih ikan temoleh ke Sungai Perak dengan dibantu kakitangan Pusat Perikanan Darat Banding

Menandatangani Akuan Terima Benih

Bersama En. Zainuddin Yaacob, Ketua Daerah Perikanan Hulu Perak









3 comments:

  1. salam ancaman utama ikan temoleh di sg perak ialah pukat hanyut. Di zon2 tertentu yg dikenal pasti sebagai lubuk temoleh (biasanya kawasan olak pasir serta pasirnya kasar)di saran pihak jab. perikanan menanam reba kayu (kayu bakau contohnya) bagi memastikan pukat hanyut tidak dapat dilabuhkan di kawasan tersebut bagi memastikan kelangsungan spesis kebanggaan negeri perak...

    ReplyDelete
  2. cadangan yg bagus. Terima kasih atas info..

    ReplyDelete
  3. ikan makin kurang di sungai perak puncanya kerana empangan yg menghalang pembiakan ikan ke hulu untuk bertelur...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...