Sunday, February 27, 2011

Asal Usul Nama Kampung Perah

Tidak ramai yang mengetahui asal usul nama Kampung Perah. Generasi muda terutamanya langsung tidak mengetahui dan tidak mahu mengambil tahu sejarah pembukaan Kampung Perah.


Asal Nama Kampung Perah.
Nama Kampung Perah diambil daripada pokok "PERAH" Pokok Perah ialah satu spesies tumbuhan yang tergolong dalam famili Euphorbiaceae, dan merupakan ahli tunggal untuk genus (Elateriospermum), dan tribusnya, (Elateriospermeae). Pokok ini terdapat di Selatan Thailand sehingga Semenanjung MalaysiaMempunyai buah yang boleh beracun tetapi boleh dimakan dengan penyediaan yang betul.
"Buah perah ini berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Saiz buahnya agak kecil kira-kira (30mm hingga 40mm). Kulitnya keras, nipis dan licin manakala isinya pejal dan keras berwarna putih. Buah ini pada asalnya di dalam satu kepompong dan mengandungi 3 biji.
Buah perah yang sudah cukup tua atau matang akan gugur ke bumi, ianya akan meletup dan berderai di udara sebelum jatuh ke bumi. Faktor angin memainkan peranan yang cukup penting dalam proses pengguguran buah ini. Selain itu faktor haiwan seperti kera atau monyet juga boleh membantu proses pengguguran buah ini.

Kulitnya sangat keras dan untuk mendapatkan isinya ia perlu diketuk bagi memecahkan kulit tersebut. Isinya jika dimakan secara mentah (tanpa diproses atau dimasak) serta secara berlebihan boleh menyebabkan mabuk atau pening kepala. Isinya bewarna putih dan keras sama seperti buah badam dan ianya boleh dimakan tetapi perlu dimasak atau diproses dengan betul. Buah ini tidak mempunyai biji.
Buah ini boleh juga di buat asam rong makanan tradisional masyarakat di negeri Pahang. Bagi sesetengah penduduk mereka membuatjeruk dengan menggunakan buah perah ini. Selain itu buah ini boleh juga dimasak atau digoreng untuk hidangan sebelah petang.
Bagi masyarakat dahulu mereka suka menjerukkan buah ini dan disimpan hingga berbulan-bulan lamanya tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk. Penyimpanan di dalam tempayan atau balang besar yang diisi dengan air boleh membuatkan buah ini tahan lebih lama". Sumber: WIKIPEDIA


Sejarah Pembukaan Kampung Perah

 Kampung Perah telah dibuka oleh MEKONG PAK LIAH yang merupakan seorang "Neban"/Penghulu .Beliau memulakan penerokaan hutan untuk menanam padi bendang diikuti dengan tanaman dusun sekitar tahun 1900 an. 

Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Kampung Perah ialah serangan pengganas komunis pada 05 September 1950 yang telah mengorbankan 3 orang penduduk kampung.

Selain daripada itu, Kampung Perah juga telah ditenggelami oleh banjir besar pada tahun 1927 dan 1967 yang memaksa penduduk dipindahkan ke tempat yang selamat. Peristiwa ini berlaku sebelum Empangan Temengor dibina.

Kesan-Kesan Sejarah

Terdapat sebuah kubur lama, KUBUR TOK IMAM KUSUH yang dipelihara oleh Muzium Negara. Pada masa sekarang kubur tersebut agak terbiar. Menurut cerita lisan, Tok Imam Kusuh merupakan seorang alim yang mengembara sambil berdagang dan berdakwah. 

Menurut ceritanya, Tok Imam Kusuh dipercayai boleh mengalirkan air dari tasik kecil bagi tujuan pengairan bagi tanaman padi dengan hanya menggariskan lembing miliknya dari paya tasik ke Sungai Perak sehingga terjadi sebatang anak sungai kecil dari Bendang Berkuning.

Selain daripada itu, terdapat sebuah tempat dipanggil "KOTA" yang menjadi tempat persinggahan raja semasa hilir dan mudik di Sungai Perak. "KOTA" tersebut masih wujud sehingga ke hari ini.

Sekolah Kampung Perah (lama) terletak di seberang Sungai Perak, berhampiran "KOTA" dan Makam Imam Kusuh sebelum dipindahkan  ke Kampung Bersia

Nama-Nama Ketua Kampung Perah

1. Mat bin Mekong Pak Liah
2. Wan Teh
3. Dahaman bin Beh (1926-1961)
4. Tn. Hj. Wan Din bin Wan Isa (1962-1997)
5. Tn. Hj. Harun bin Saman (April 1998-Julai 2009)
6. En. Kamaruddin bin Mat Hashim (Julai 2009-sekarang)

Semoga dengan maklumat ini dapatlah kita semua mengetahu asal usul Kampung kita ini.


Tuesday, February 22, 2011

AKTIVITI WANITA (KUMPULAN YASIN) DAN PEMUDA/BELIA

Wanita Kampung Perah aktif mengadakan aktiviti keagamaan. Antaranya bacaan yasin setiap hari khamis yang diadakan secara bergilir di rumah ahli. Pada 20 Februari 2011 yang lepas, Kumpulan Bacaan Yasin ini dengan kerjasama Pemuda/Belia Bentara Kampung Perah telah mengadakan kenduri kesyukuran sempena Maulidur Rasul 1432H.

Kerja-kerja memasak yang dilakukan pada awal pagi dilakukan secara bergotong royong. Diikuti bacaan selawat sebelum jamuan dimulakan.

Terima kasih kepada semua yang membantu dari segi kewangan, tenaga dan juga idea. Syabas.

Saksikan gambar-gambar sekitar majlis tersebut.






























Thursday, February 17, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL1432H

Tarikh: 17 Februari 2011
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat: Masjid Al-Wahidah Kampung Perah


Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat Kariah Kampung Perah telah diadakan pada 17 Februari 2011. Majlis yang dipengerusikan oleh En. Mohamad Fadli bin Harun telah dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Moohd Atif Anaqi bin Abd. Shukor, pelajar tingkatan 5, Sek. Men Agama Tan Sri Ghazali Jawi Gerik.
Adik Mohd Atif Anaqi sedang mengalunkan ayat-ayat suci  Al-Quran

Penceramah yang diundang khas pada malam ini ialah Al-Fadhil Ustad Abd. Shukor bin Abd. Hamid, Pegawai Penyelaras  Masjid Daerah Hulu Perak mengupas berkenaan sirah pada awal kelahiran Rasulullah sambil menyelitkan nasihat, pesanan, dan pedoman sebagai panduan kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir pada malam tersebut.
Al-Fadhil Ustad Abd. Shukor bin Abd. Hamid, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Hulu Perak.


Muslimin muslimat yang khusyuk mendengar ceramah

Selepas berakhirnya ceramah, semua tetamu Allah mengucapkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan diketuai oleh Imam Muhammed bin Idris

Imam Muhammed bin Idris mengetuai selawat

Selepas solat Isyak, tetamu dihidangkan dengan lemang yang dimasak secara bergotong royong.
Jamuan VIP

Lemang

Tuesday, February 15, 2011

MESYUARAT AGUNG KHAIRAT KEMATIAN KAMPUNG PERAH KALI KE 4 BAGI TAHUN 2011

Tarikh     : 13 Februari 2011
Masa      : 2.30 petang
Tempat   : Balai Lintang Masjid Al-Wahidah, Kampung Perah


          Pakatan Khairat Kematian Kampung Perah telah ditubuhkan sejak 1981 bagi membantu ahli dari segi kebajikan dan meringankan bebanan bagi ahli dan anggota keluarganya yang meninggal dunia. Selepas lebih 30 tahun menabur jasa dan bakti kepada ahli, pakatan ini terus gah bertahan dengan sokongan dan dokongan ahli, pantadbiran JKKK dan penduduk kampung keseluruhannya.
         Keahlian bagi pakatan ini terbuka kepada semua penduduk Kampung Perah terutamanya kepada yang telah berkeluarga.Sehingga Januari 2011, jumlah ahli yang berdaftar ialah seramai 65 orang.
Pengerusi sementara mesyuarat: En. Ishak Wahab

         Mesyuarat Agung kali ke 4 diadakan untuk memilih AJK Baru bagi memantapkan lagi pentadbiran dan peranannya dalam membantu dan menjaga kebajikan ahli. Selain mengubah beberapa perkara dalam perlembagaan selaras dengan kehendak, keperluan dan tuntutan semasa.

        Berikut adalah AJK yang di lantik bagi sesi 2011-2013
Pengerusi               : En. Abd. Aziz bin Ahmad
Timbalan Pengerusi: Tn. Hj. Muhammed bin Idris
Setiausaha             : En. Mohd Noor bin Ariffin
Bendahari             : En. Ahmad bin Ripin
AJK                     : En. Aziz Jaafar bin Mat Piah
                            : En. Rozi bin Hassan
                            : En. Roslan bin Muhammed
                            : En. Aminuddin bin Mat Noor
                            : Tn. Hj. Saad bin Ramli
                            : En. Abd. Karim bin Ngoh
                            : En. Mohd Lazim bin Taha
                            : En. Mohd Ariff bin Othman
                            : Pn. Sepiah binti Isa
                            : Pn. Junaidah binti Ishak
Pengerusi Khairat kematian Kampung Perah, En. Abd. Aziz bin Ahmad dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada YB. Dato Hasbullah Osman, adun Temengor kerana menyumbang RM3000.00 ke tabung Khairat Kematian Kampung Perah.

Antara ahli yang hadir

Berikut adalah beberapa pindaan yang diusulkan dan dipersetujui oleh semua yang hadir:

1. Bayaran upah gali kubur RM50.00 (ahli) dan RM70.00 bagi bukan ahli.
2. Yuran tahunan ahli dinaikkan daripada RM24 setahun kepada RM50.00 setahun. Dibayar dua (2) kali setahun.
3. Waris Ahli akan menerima RM400.00 apabila berlaku kematian. (Setelah ditolak upah gali kubur, kain putih dan peralatan serta papan, baki akan diserahkan kepada waris)
4. Sekiranya berlaku kematian kepada Anak ahli yang berumur di bawah 12 tahun, warisnya akan menerima RM200.
5. Pihak Khairat akan mengadakan tahlil di Masjid Al-Wahidah Kampung Perah selama 3 malam berturut-turut. Jamuan akan ditanggung oleh pihak khairat.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 4.30 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...