Tahniah dan syabas kepada Lembaga Air Perak, Gerik kerana cepat dan pantas meyelesaikan paip utama yang bocor di Kampung Perah. Walaupun kebocoran itu masih belum di tahap yang membimbangkan, tetapi sekiranya pihak LAP tidak mengambil peduli tentang perkara ini, musibah yang lebih besar akan timbul.
Syabas dan tahniah.
Saturday, April 9, 2011
Sunday, March 27, 2011
Gotong Royong Kampung Perah Kali ke 2 (2011)
Gotong royong menebas dan mesin rumput di sepanjang Kampung Perah telah diadakan pada 27 Mac 2011. Gotong royong kali kedua bagi tahun 2011 telah disertai oleh lebih 40 orang dari kalangan dewasa, belia, dan wanita Kampung Perah.
Bermula pada jam 8.30 pagi dengan berkumpul di Masjid Al-Wahidah Kampung Perah. Selepas mencatatkan nama di dalam buku kehadiran, peserta di bahagikan kepada 3 kumpulan untuk melicinkan dan memudahkan penyelarasan kerja.
Kumpulan pertama membersihkan kawasan Masjid Al-Wahidah. Kumpulan kedua mengambil tempat memesin dan menebas di sepanjang jalan dari kawasan masjid sehingga ke Pasir Buaya, sementara kumpulan ketiga melakukan kerja pembersihan di jalan ke Simpang Perah.
Kerja-kerja gotong royong dapat diselesaikan pada jam 11 pagi hasil komitmen dan kerjasama semua. Terima kasih diucapkan. Dicadangkan gotong royong membersihkan kampung akan diadakan pada setiap bulan. Di harapkan lebih ramai penduduk kampung akan tambil menyumbang tenaga dan keringat. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

| Muafakat Membawa Berkat |
| berehat melepaskan lelah |
| Pemuda/Belia yang turut membantu |
| Penat, tapi maintain... |
| Tok Ketua sedang mengatur strategi untuk melicinkan gotong royong |
| Bergerak ke tempat yang telah ditetapkan |
| membersihkan jalan ke padang bola |
| Puas, selepas selesai gotong royong |
Labels: Tajuk
gotong royong
Wednesday, March 23, 2011
Pelepasan Benih-Benih Ikan Temoleh
Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Merupakan sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.
Sungai Perak pernah menjadi syurga kepada ikan air tawar seperti Ikan Tengalan (Puntius bulu), Ikan Toman (Channa micropeltes), Ikan Jelawat, dan pelbagai spesis lagi. Malangnya, ikan-ikan ini semakin pupus.
Atas kesedaran untuk memastikan spesis-spesis ikan ini kekal di Sungai Perak, Pejabat Perikanan Daerah Hulu Perak telah mengambil inisiatif untuk menambah bilangan spesis ikan-ikan tertentu dengan melepaskan benih-benih ikan Temoleh sebagai permulaan.
Ikan Temoleh atau juga dikenali sebagai Temelian merupakan sejenis ikan air tawar yang semakin jarang ditemui terutamanya di sungai Perak.. Nama saintifiknya adalah Probarbus jullieni.
Bekalan benih-benih ikan tersebut diperolehi melalui Pusat Perikanan darat Banding yang beralamat di KM 38, Lebuhraya Timur-Barat. Pelepasan benih-benih ikan Temoleh yang bersaiz sekitar 2'-3' tersebut telah dilakukan sendiri oleh Ketua Daerah Perikanan Hulu Perak, Encik. Zainuddin bin Yaacob bersama Ketua Kampung Perah, En. Kamaruddin bin Mat Hashim pada 23 Mac 2011 di Pasir Buaya, Kampung Perah.
![]() |
| Ikan Temoleh |
Adalah diharapkan 1500 benih ikan Temoleh yang telah dilepaskan ke Sungai Perak tersebut dapat berkembang biak dan menambahkan lagi kepelbagaian spesis hidupan air tawar di Sungai Perak.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pejabat Perikanan Daerah Hulu Perak atas inisiatif ini. Semoga selepas ini benih-benih ikan dari spesis lain akan turut dilepaskan ke Sungai Perak bagi memastikan spesis-spesis ikan yang unik ini akan terus boleh ditatapi oleh generasi akan datang.
| Akuan Terima Benih Temoleh |
| En. Kamaruddin bin Mat Hashim, Ketua Kampung (dua dari kiri) dan En. Tg. Nordin bin Tg. Abd. Aziz , ahli JKKK (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama kakitangan Pusat Perikanan Darat, Banding |
| Ketua Kampung Perah melepaskan benih ikan temoleh ke Sungai Perak dengan dibantu kakitangan Pusat Perikanan Darat Banding |
| Menandatangani Akuan Terima Benih |
| Bersama En. Zainuddin Yaacob, Ketua Daerah Perikanan Hulu Perak |
Labels: Tajuk
aktiviti 2011
Banjir di Kampung Perah
Hujan lebat pada hari ini menyebabkan air Sungai Perah melimpah ke jalan. Ini berlaku disebabkan kelubung yang dibina terlalu rendah dan kecil sehingga tidak mampu menampung aliran sungai terutamanya ketika hujan lebat.
Cadangan bagi mengatasi masalah ini ialah meninggikan dan melebarkan kelubung sedia ada serta menaik taraf sistem perparitan di sekitar kawasan tersebut. Minta pihak berkuasa memantau perkara ini kerana batu konkrit yang baru sahaja diletakkan di kawasan kelubung tersebut telah runtuh serta dikhuatiri akan runtuh sepenuhnya dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk sekiranya tiada sebarang tindakan diambil.

| Air melimpah ke atas jalan |
Labels: Tajuk
peristiwa
Wednesday, March 16, 2011
Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Wanita dan UMNO Cawangan PERAH 2011
Alhamdulillah, seramai 42 ahli UMNO cawangan Perah telah menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama, parti, bangsa dan negara dengan menghadiri Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan UMNO cawangan Perah yang telah diadakan pada 13 Mac 2011 (Ahad) di Dewan Orang Ramai Kampung Perah. Mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang telah dihadiri oleh Sdr. Wan Azizi bin Dato' Seri Wan Mohamed, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gerik dan Sdr. Mohd Faizul bin Hj. Mohd Dahan, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Gerik.
Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita Kampung Perah dimulakan pada jam 3.00 ptg dengan dihadiri oleh Pn. Intan sebagai wakil bahagian. Manakala Pergerakan Pemuda memulakan persidangan pada jam 3.30 petang dengan di hadiri oleh sdr. Mohamad Fadli Harun sebagai wakil bahagian.
Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan Perah bermula pada jam 4.00 petang. Dipengerusikan oleh Pengerusi tetap cawangan, Tn. Hj. Harun bin Saman. Sdr. Wan Azizi di dalam ucapan penggulungan menyeru semua yang ahli hadir dapat mengukuhkan perpaduan dan menguatkan persaudaraan dalam memastikan BN terus mendapat mandat dalam PRU ke 13. Beliau juga meminta semua terutamanya Pemuda terus memainkan peranan dalam memastikan kesinambungan kepimpinan bagi generasi akan datang.
Senarai Perwakilan yang terpilih.
Pergerakan Wanita.
1. Pn. Saodah binti Draman (Ketua Wanita Cawangan)
2. Pn. Habsah binti Hassan (Timbalan Ketua Cawangan)
3. Pn. Anita binti ahmad (Setiausaha)
4. Pn. Zawaherah binti Mat Aris
5. Pn. Zaharidah binti Hassan
Pergerakan Pemuda
1. Tengku Nordin bin Tengku Abd. Aziz (Ketua Pemuda Cawangan)
2.Muhammad Nasir bin Marzuki (Timbalan Ketua Pemuda Cawangan)
3. Sdr. Mohd Amri bin Zainal (Setiausaha)
4. Sdr. Mohd Sabri bin Abd. Aziz
5. Sdr. Mat Yusoff bin Hassan Basri
UMNO Cawangan
1. En. Ishak bin Abd. Wahab (Ketua Cawangan)
2. En. Mohamad Fadli bin Harun (Timbalan Ketua Cawangan)
3. En. Kamaruddin bin Mat hashim (Setiausaha)
4. En. Ismail bin Ahmad
5. En. Abd. Aziz bin Ahmad
Usul Cawangan
1. Berharap Jambatan Sungai Perak menjadi kenyataan
2. Memohon paip utama ke Pengkalan 50
3. Memohon wakil rakyat selalu turun padang
4. Memohon alatan gotong royong
5. Percepatkan padang futsal.
Alhamdulillah, persidangan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini . Persidangan Tahunan UMNO cawangan Perah serta Pergerakan Sayap ditangguhkan pada jam 5.50 petang. Diakhiri dengan jamuan mi kari dan kuih muih.

| Pengerusi tetap persidangan, Tn. Hj. Harun bin Saman memulakan persidangan |
| Wakil Bahagian, Sdr. Wan Azizi bin Dato' Seri Wan Mohamed, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gerik dalam ucapan penggulungan |
Labels: Tajuk
Persidangan Cawangan
Subscribe to:
Posts (Atom)