Thursday, February 17, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL1432H

Tarikh: 17 Februari 2011
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat: Masjid Al-Wahidah Kampung Perah


Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat Kariah Kampung Perah telah diadakan pada 17 Februari 2011. Majlis yang dipengerusikan oleh En. Mohamad Fadli bin Harun telah dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Moohd Atif Anaqi bin Abd. Shukor, pelajar tingkatan 5, Sek. Men Agama Tan Sri Ghazali Jawi Gerik.
Adik Mohd Atif Anaqi sedang mengalunkan ayat-ayat suci  Al-Quran

Penceramah yang diundang khas pada malam ini ialah Al-Fadhil Ustad Abd. Shukor bin Abd. Hamid, Pegawai Penyelaras  Masjid Daerah Hulu Perak mengupas berkenaan sirah pada awal kelahiran Rasulullah sambil menyelitkan nasihat, pesanan, dan pedoman sebagai panduan kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir pada malam tersebut.
Al-Fadhil Ustad Abd. Shukor bin Abd. Hamid, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Hulu Perak.


Muslimin muslimat yang khusyuk mendengar ceramah

Selepas berakhirnya ceramah, semua tetamu Allah mengucapkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan diketuai oleh Imam Muhammed bin Idris

Imam Muhammed bin Idris mengetuai selawat

Selepas solat Isyak, tetamu dihidangkan dengan lemang yang dimasak secara bergotong royong.
Jamuan VIP

Lemang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...