Wednesday, December 29, 2010

Program Bulan Muharram 1432H

Masjid Al-Wahidah Kampung Perah bersama JKKK Kampung Perah telah mengadakan Ceramah Perdana sempena Muharram 1432H pada 23 Disember 2010 bertempat di Masjid Al-Wahidah Kampung Perah. Penceramah yang diundang khas pada malam tersebut ialah Al-Fadhil Ustaz Azhar Ahmad (PTA Gerik)

Pada siangnya, 1 kawah bubur asyura dikacau secara bergotong royong sebagai menu utama jamuan ringan selepas selesai ceramah.

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan. Biasanya ia dibuat  pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha

Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. Di Kampung Perah, resepi yang digunakan merupakan resepi turun temurun.


Gotong royong mengacau bubur asyura
Bubur yang sedang dikacau. Mengambil masa 3-4 jam untuk masak. Perlu dikacau sentiasa untuk mengelakkan ianya hangit.
Bubur asyura  yang telah masak. Sedia untuk dihidangkan.
 
 Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar




Jemaah daripada kaum ibu yang turut hadir.
Menikmati bubur asyura selepas ceramah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...