Semangat pemuafakatan yang wujud di kalangan penduduk tanpa mengira fahaman politik, tanpa mengira batas usia, tanpa mengira jantina ditunjukkan dengan sikap gotong royong melaksanakan majlis walimatulurus, gotong royong, program-program keagamaan dan lain-lain aktiviti melibatkan kerjasama semua pihak. Berikut dipaparkan gambar-gambar sempena Majlis Walimatul Urus di rumah En. Yusof Ripin pada 17 Disember 2010.
Ketua Kampung, En. Kamaruddin Mat Hashim bersama anak buah memotong daging.
Belia Bentara Kampung Perah kembali bergerak aktif menghidupkan kembali "tradisi menghidang" semasa majlis kenduri kendara. Bilamana kebanyakkan kampung mengadakan majlis kenduri secara "buffet", Kampung Perah masih mempertahankan tradisi menghidang yang lebih menyerlahkan jati diri Melayu dan semangat gotong royong. Tahniah semoga semangat ini akan berterusan.
Bro... Kurangkan gula dalam sirap. Tambahkan senyuman...
makan 2nd time lepas penat dok angkat talam kat org lain.
BENARLAH KATA PEPATAH 'MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'
No comments:
Post a Comment