Jamuan Aidilfitri Kampung Perah 2011 telah diadakan pada 10 September 2011 di Perkarangan masjid Al-Wahidah Kampung Perah. majlis ini adalah anjuran bersama Masjid Al-Wahidah, JKKK Kampung Perah, UMNO Cawangan Perah, UMNO Cawangan Kuala Rui dan UMNO Cawangan Simpang Perah serta Belia Bentara Kampung Perah.
Semua hidangan disediakan secara bergotong-royong oleh semua yang terlibat. Menu jamuan: lemang, rendang, bihun sup, bihun goreng, tapai, aiskrim, pasembor, nasi impit dan cendol.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini dan terima kasih kepada YB Adun temengor dan Ahli parlimen Gerik yang menyalurkan peruntukan untuk menjayakan majlis ini.
No comments:
Post a Comment