Mesyuarat itu digunakan oleh Ketua Kampung untuk memaklumkan beberapa perkara yang berkaitan dengan JKKK:
1.Pelantikan semula Encik Kamaruddin bin Mat Hashim sebagai Ketua Kampung Perah merangkap Pengerusi JKKK Kampung Perah mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2012.
2.Biro-biro sedia ada akan dirombak selaras dengan biro yang dicadangkan dalam “Garis Panduan Pelantikan Ketua Kampung dan JKKK Negeri Perak”
3.Beliau juga memaklumkan semua Ketua Kampung layak untuk menerima
elaun bulanan sebanyak RM800.00 (Peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak
RM750.00 dan Kerajaan Negeri RM50.00).
elaun bulanan sebanyak RM800.00 (Peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak
RM750.00 dan Kerajaan Negeri RM50.00).
Ketua Kampung juga menerima elaun khas sebanyak RM150.00 sebulan bagi
membantu membiayai perbelanjaan perkhidmatan telefon bimbit dan urusan
perjalanan.
membantu membiayai perbelanjaan perkhidmatan telefon bimbit dan urusan
perjalanan.
4. Setiausaha JKKK layak dibayar elaun sebanyak RM200.00 sebulan oleh
Kerajaan Negeri manakala setiap ahli JKKK akan dibayar RM50.00 sekali
mesyuarat dan tidak melebihi RM600.00 setahun untuk seorang ahli.
Kerajaan Negeri manakala setiap ahli JKKK akan dibayar RM50.00 sekali
mesyuarat dan tidak melebihi RM600.00 setahun untuk seorang ahli.
5.Setiap JKKK akan dibayar elaun pengendalian mesyuarat sebanyak RM100.00
untuk sekali mesyuarat dan tidak melebihi RM1200.00 setahun.
untuk sekali mesyuarat dan tidak melebihi RM1200.00 setahun.
6.Setiap JKKK juga akan diberi peruntukan sebanyak RM3,000.00 setahun oleh
Kerajaan Negeri Perak sebagai wang pengurusan JKKK (Contoh: Bil utiliti,
penyelenggaraan kecil ,dll).
Kerajaan Negeri Perak sebagai wang pengurusan JKKK (Contoh: Bil utiliti,
penyelenggaraan kecil ,dll).
Senarai biro-biro bagi JKKK Kampung Perah adalah seperti berikut;
1.Biro Kebajikan dan Bencana Alam- En. Abd. Aziz bin Ahmad
2.Biro Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan- Pn. Noor Azizah binti Arsad
3.Biro Pembangunan Ekonomi Desa-En. Wan Seman bin Wan Setapha
4.Biro Pembangunan Pelancongan-En. Jamaluddin bin Idris
5.Biro Agama Islam- Tn. Hj. Muhammed bin Idris
6.Biro Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Maklumat-En. Rosly bin Yusoff
7.Biro Pembangunan Belia, Sukan dan Kebudayaan-En. Muhammad Nasir bin Marzuki.
8.Biro Keselamatan dan Kesejahteraan Masyarakat-En. Mohd Noor bin Ariffin.
9.Biro Hal Ehwal Wanita-Pn. Wan Rhadiah binti Wan Seman
10.Biro Pembasmian Kemiskinan dan Setinggan- En. Ishak bin Hj. Md. Ali
11.Biro Perpaduan Penduduk-Pn. Nor Azahana binti Hashim
12.Biro Pembangunan Tanah dan Kelestarian Sumber Alam-En. Ishak bin Abd. Wahab.