Wednesday, March 23, 2011

Banjir di Kampung Perah

Hujan lebat pada hari ini menyebabkan air Sungai Perah melimpah ke jalan. Ini berlaku disebabkan kelubung yang dibina terlalu rendah dan kecil sehingga tidak mampu menampung aliran sungai terutamanya ketika hujan lebat.

Cadangan bagi mengatasi masalah ini ialah meninggikan dan melebarkan kelubung sedia ada serta menaik taraf sistem perparitan di sekitar kawasan tersebut. Minta pihak berkuasa memantau perkara ini kerana batu konkrit yang baru sahaja diletakkan di kawasan kelubung tersebut telah runtuh serta dikhuatiri akan runtuh sepenuhnya dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk sekiranya tiada sebarang tindakan diambil.


Air melimpah ke atas jalan


Wednesday, March 16, 2011

Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Wanita dan UMNO Cawangan PERAH 2011

Alhamdulillah, seramai 42 ahli UMNO cawangan Perah telah menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama, parti, bangsa  dan negara dengan menghadiri Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan UMNO cawangan Perah yang telah diadakan pada 13 Mac 2011 (Ahad) di Dewan Orang Ramai Kampung Perah. Mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang telah dihadiri oleh Sdr. Wan Azizi bin Dato' Seri Wan Mohamed, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gerik dan Sdr. Mohd Faizul bin Hj. Mohd Dahan, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Gerik.

Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita Kampung Perah dimulakan pada jam 3.00 ptg dengan dihadiri oleh Pn. Intan sebagai wakil bahagian. Manakala Pergerakan Pemuda memulakan persidangan pada jam 3.30 petang dengan di hadiri oleh sdr. Mohamad Fadli Harun sebagai wakil bahagian.

Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan Perah bermula pada jam 4.00 petang. Dipengerusikan oleh Pengerusi tetap cawangan, Tn. Hj. Harun bin Saman. Sdr. Wan Azizi di dalam ucapan penggulungan menyeru semua yang ahli hadir dapat mengukuhkan perpaduan dan menguatkan persaudaraan dalam memastikan BN terus mendapat mandat dalam PRU ke 13. Beliau juga meminta semua terutamanya Pemuda terus memainkan peranan dalam memastikan kesinambungan kepimpinan bagi generasi akan datang.

Senarai Perwakilan yang terpilih.

Pergerakan Wanita.
1. Pn. Saodah binti Draman (Ketua Wanita Cawangan)
2. Pn. Habsah binti Hassan (Timbalan Ketua Cawangan)
3. Pn. Anita binti ahmad (Setiausaha)
4. Pn. Zawaherah binti Mat Aris
5. Pn. Zaharidah binti Hassan

Pergerakan Pemuda
1. Tengku Nordin bin Tengku Abd. Aziz (Ketua Pemuda Cawangan)
2.Muhammad Nasir bin Marzuki (Timbalan Ketua Pemuda Cawangan)
3. Sdr. Mohd Amri bin Zainal (Setiausaha)
4. Sdr. Mohd Sabri bin Abd. Aziz
5. Sdr. Mat Yusoff bin Hassan Basri

UMNO Cawangan
1. En. Ishak bin Abd. Wahab (Ketua Cawangan)
2. En. Mohamad Fadli bin Harun (Timbalan Ketua Cawangan)
3. En. Kamaruddin bin Mat hashim (Setiausaha)
4. En. Ismail bin Ahmad
5. En. Abd. Aziz bin Ahmad

Usul Cawangan
1. Berharap Jambatan Sungai Perak menjadi kenyataan
2. Memohon paip utama ke Pengkalan 50
3. Memohon wakil rakyat selalu turun padang
4. Memohon alatan gotong royong
5. Percepatkan padang futsal.

Alhamdulillah, persidangan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini . Persidangan Tahunan UMNO cawangan Perah serta Pergerakan Sayap ditangguhkan pada jam 5.50 petang. Diakhiri dengan jamuan mi kari dan kuih muih.

Pengerusi tetap persidangan, Tn. Hj. Harun bin Saman memulakan persidangan
Wakil Bahagian, Sdr. Wan Azizi bin Dato' Seri Wan Mohamed, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gerik dalam ucapan penggulungan

Sunday, March 6, 2011

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil setiap Malam Jumaat.

Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Al-Wahidah telah menyusun Program Bacaan Yasin dan Tahlil pada setiap malam Jumaat. Majlis yang diadakan selepas solat maghrib berjemaah dihadiri oleh semua jemaah muslimin dan muslimah.

Selepas solat Isyak pada malam yang sama, biasanya akan ada hamba Allah yang bermurah hati membawa juadah dari rumah untuk dikongsi bersama semua jemaah.

Bantuan/Projek Kampung Perah sehingga Mac 2011.

Sehingga bulan Mac 2011, Kampung Perah telah menerima beberapa projek yang mana sebahagiannya telah pun dinikmati oleh penduduk selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Antara projek yang diterima ialah projek menyelenggara dan membaik pulih Sekolah Agama Rakyat Kampung Perah berjumlah RM20,000.00. Walaubagaimanapun peruntukan tersebut masih tidak mencukupi. Masih banyak bahagian bangunan termasuk pendawaian elektrik yang perlu ditukar memandangkan keadaan bangunan tersebut yang terlalu uzur.

Pihak Sekolah Agama Rakyat juga menerima sumbangan RM5,000.00 daripada YB. Dato' Hasbullah Osman, ADUN Temengor dalam bentuk kerusi 30 dan meja 30. 

Dua puluh (20) unit lampu jalan juga telah dipasang di beberapa tempat strategik dan telah menerangi suasana malam di Kampung Perah.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya YB. ADUN Temengor, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Penghulu, Pejabat UMNO Bahagian Gerik dan lain-lain pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.






Bangunan Sekolah Agama Rakyat Kampung Perah berwajah baru.

Kontraktor bertanggungjawab.

Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Wanita dan UMNO Cawangan Kuala Rui 2011

Tarikh                     : 06 Mac 2011 (Ahad)
Tempat                   : D.O.R Kuala Rui
Kehadiran               : 45 orang
Wakil Wanita          : Pn. Fatimah binti Mat Isa
Wakil Pemuda         : En. Nor Sharim bin Md. Nor
Wakil Bahagian       : En. Naznan bin Md. Ali

Ketua Wanita Cawangan, Pn. Robiah binti Hassan sedang menyampaikan ucapan alu-aluan

Wakil Bahagian





Alhamdulillah, mesyuarat berjaya dijalankan dengan suasana harmoni dan berjalan lancar. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.45 petang dan diakhiri dengan jamuan laksa, bihun Singapore dan kuih muih. Tahniah dan syabas kepada semua ahli UMNO Cawangan Kuala Rui yang telah menunaikan tanggungjawab tuan/puan kepada agama, parti, bangsa dan negara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...