Mesyuarat AJK Masjid Al-Wahidah Kampung Perah bil 2/2011
Tarikh : 23 Mei 2011
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balai Lintang Masjid Al-Wahidah Kampung Perah
Mesyuarat JKKK Bil 5/2011
Tarikh : 26 Mei 2011
Masa : 9.30 malam
Tempat : D.O.R Kampung Perah
Penyerahan Sumbangan Kewangan YB. Ahli Parlimen Gerik kepada Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Cawangan UMNO
Tarikh : 27 Mei 2011
Masa : 2.45 ptg
Tempat : Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik
Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gerik 2011
Tarikh : 29 Mei 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Gerik
Perasmian Penutup : YAB. Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Showing posts with label aktiviti 2011. Show all posts
Showing posts with label aktiviti 2011. Show all posts
Monday, May 30, 2011
Wednesday, March 23, 2011
Pelepasan Benih-Benih Ikan Temoleh
Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Merupakan sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.
Sungai Perak pernah menjadi syurga kepada ikan air tawar seperti Ikan Tengalan (Puntius bulu), Ikan Toman (Channa micropeltes), Ikan Jelawat, dan pelbagai spesis lagi. Malangnya, ikan-ikan ini semakin pupus.
Atas kesedaran untuk memastikan spesis-spesis ikan ini kekal di Sungai Perak, Pejabat Perikanan Daerah Hulu Perak telah mengambil inisiatif untuk menambah bilangan spesis ikan-ikan tertentu dengan melepaskan benih-benih ikan Temoleh sebagai permulaan.
Ikan Temoleh atau juga dikenali sebagai Temelian merupakan sejenis ikan air tawar yang semakin jarang ditemui terutamanya di sungai Perak.. Nama saintifiknya adalah Probarbus jullieni.
Bekalan benih-benih ikan tersebut diperolehi melalui Pusat Perikanan darat Banding yang beralamat di KM 38, Lebuhraya Timur-Barat. Pelepasan benih-benih ikan Temoleh yang bersaiz sekitar 2'-3' tersebut telah dilakukan sendiri oleh Ketua Daerah Perikanan Hulu Perak, Encik. Zainuddin bin Yaacob bersama Ketua Kampung Perah, En. Kamaruddin bin Mat Hashim pada 23 Mac 2011 di Pasir Buaya, Kampung Perah.
| Ikan Temoleh |
Adalah diharapkan 1500 benih ikan Temoleh yang telah dilepaskan ke Sungai Perak tersebut dapat berkembang biak dan menambahkan lagi kepelbagaian spesis hidupan air tawar di Sungai Perak.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pejabat Perikanan Daerah Hulu Perak atas inisiatif ini. Semoga selepas ini benih-benih ikan dari spesis lain akan turut dilepaskan ke Sungai Perak bagi memastikan spesis-spesis ikan yang unik ini akan terus boleh ditatapi oleh generasi akan datang.
| Akuan Terima Benih Temoleh |
| En. Kamaruddin bin Mat Hashim, Ketua Kampung (dua dari kiri) dan En. Tg. Nordin bin Tg. Abd. Aziz , ahli JKKK (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama kakitangan Pusat Perikanan Darat, Banding |
| Ketua Kampung Perah melepaskan benih ikan temoleh ke Sungai Perak dengan dibantu kakitangan Pusat Perikanan Darat Banding |
| Menandatangani Akuan Terima Benih |
| Bersama En. Zainuddin Yaacob, Ketua Daerah Perikanan Hulu Perak |
Labels: Tajuk
aktiviti 2011
Sunday, March 6, 2011
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil setiap Malam Jumaat.
Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Al-Wahidah telah menyusun Program Bacaan Yasin dan Tahlil pada setiap malam Jumaat. Majlis yang diadakan selepas solat maghrib berjemaah dihadiri oleh semua jemaah muslimin dan muslimah.
Selepas solat Isyak pada malam yang sama, biasanya akan ada hamba Allah yang bermurah hati membawa juadah dari rumah untuk dikongsi bersama semua jemaah.
Selepas solat Isyak pada malam yang sama, biasanya akan ada hamba Allah yang bermurah hati membawa juadah dari rumah untuk dikongsi bersama semua jemaah.
Labels: Tajuk
aktiviti 2011
Thursday, February 17, 2011
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL1432H
Tarikh: 17 Februari 2011
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat: Masjid Al-Wahidah Kampung Perah
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat Kariah Kampung Perah telah diadakan pada 17 Februari 2011. Majlis yang dipengerusikan oleh En. Mohamad Fadli bin Harun telah dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Moohd Atif Anaqi bin Abd. Shukor, pelajar tingkatan 5, Sek. Men Agama Tan Sri Ghazali Jawi Gerik.
Penceramah yang diundang khas pada malam ini ialah Al-Fadhil Ustad Abd. Shukor bin Abd. Hamid, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Hulu Perak mengupas berkenaan sirah pada awal kelahiran Rasulullah sambil menyelitkan nasihat, pesanan, dan pedoman sebagai panduan kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir pada malam tersebut.
Selepas solat Isyak, tetamu dihidangkan dengan lemang yang dimasak secara bergotong royong.
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat: Masjid Al-Wahidah Kampung Perah
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat Kariah Kampung Perah telah diadakan pada 17 Februari 2011. Majlis yang dipengerusikan oleh En. Mohamad Fadli bin Harun telah dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Moohd Atif Anaqi bin Abd. Shukor, pelajar tingkatan 5, Sek. Men Agama Tan Sri Ghazali Jawi Gerik.
| Adik Mohd Atif Anaqi sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran |
| Al-Fadhil Ustad Abd. Shukor bin Abd. Hamid, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Hulu Perak. |
| Imam Muhammed bin Idris mengetuai selawat |
Selepas solat Isyak, tetamu dihidangkan dengan lemang yang dimasak secara bergotong royong.
| Jamuan VIP |
| Lemang |
Labels: Tajuk
aktiviti 2011
Sunday, January 2, 2011
Selamat Tahun Baru 2011
Selamat menyambut tahun baru masihi 2011-semoga tahun ini akan membawa seribu rahmat, dilimpahkan rezeki, kesejahteraan, keselamatan dan kemakmuran kepada kita semua.
Takwim aktiviti JKKK Kampung Perah bagi tahun 2011 dimulakan dengan Majlis Sambutan Tahun Baru di ambang 2011 anjuran Dun Temengor di tapak stesyen bas Gerik, mulai jam 9-12 tengah malam yang melibatkan persembahan kebudayaan, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.
Pada 1 Januari 2011 pula pihak JKKK Kampung Perah menyertai Program Karnival sukan Rakyat Dun Temengor di SRJK (C) Kuala Rui.
JKKK Kampung Perah telah menghantar 2 pasukan rakit (6 orang) bagi menyertai Pesta Rakit Parlimen Gerik yang juga diadakan pada tarikh dan tempat yang sama. Disamping itu 10 orang anggota RELA Platun Kampung Perah juga terlibat dalam kawalan keselamatan sempena program tersebut.
Takwim aktiviti JKKK Kampung Perah bagi tahun 2011 dimulakan dengan Majlis Sambutan Tahun Baru di ambang 2011 anjuran Dun Temengor di tapak stesyen bas Gerik, mulai jam 9-12 tengah malam yang melibatkan persembahan kebudayaan, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.
| Anggota RELA Platun Kampung Perah: Berehat selepas selesai bertugas |
Labels: Tajuk
aktiviti 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)