Showing posts with label aktiviti 2010. Show all posts
Showing posts with label aktiviti 2010. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Kelas Komputer

Biro Pelajaran JKKK Kampung Perah yang diketuai oleh En. Mohamad Fadli bin Harun telah mengadakan kelas komputer - asas MS Word 2007 dan Pengenalan Internet kepada murid-murid berumur 6 tahun untuk memahirkan mereka dengan asas-asas komputer sebelum mereka melangkah ke tingkatan satu. Ianya juga sebagai pengisian cuti sekolah bagi mengelakkan mereka melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Kelas ini hanya melibatkan 6 orang murid memandangkan terdapat kekangan bilangan komputer/laptop yang boleh digunakan. Ini kerana kelas komputer tidak hanya melibatkan teori semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah amalinya. Sekiranya jumlah murid ramai, kemungkinan besar murid tidak akan dapat mempraktikkan amali yang telah dipelajari.

Kelas yang diadakan setiap malam Isnin di rumah ketua biro pelajaran bermula jam 8 malam sehingga 9.30 malam dan akan berterusan sehingga berakhirnya cuti penggal persekolahan 2010. InsyaAllah kelas seperti ini akan diteruskan dan diperluaskan pada masa-masa akan datang.

Nota yang disediakan sebagai panduan


Menjalankan amali















Tekun mengikuti pelajaran

Wednesday, December 29, 2010

Program Bulan Muharram 1432H

Masjid Al-Wahidah Kampung Perah bersama JKKK Kampung Perah telah mengadakan Ceramah Perdana sempena Muharram 1432H pada 23 Disember 2010 bertempat di Masjid Al-Wahidah Kampung Perah. Penceramah yang diundang khas pada malam tersebut ialah Al-Fadhil Ustaz Azhar Ahmad (PTA Gerik)

Pada siangnya, 1 kawah bubur asyura dikacau secara bergotong royong sebagai menu utama jamuan ringan selepas selesai ceramah.

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan. Biasanya ia dibuat  pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha. 

Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. Di Kampung Perah, resepi yang digunakan merupakan resepi turun temurun.


Gotong royong mengacau bubur asyura
Bubur yang sedang dikacau. Mengambil masa 3-4 jam untuk masak. Perlu dikacau sentiasa untuk mengelakkan ianya hangit.
Bubur asyura  yang telah masak. Sedia untuk dihidangkan.
 
 Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar




Jemaah daripada kaum ibu yang turut hadir.
Menikmati bubur asyura selepas ceramah

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru 1432H

ASSALAMUALAIKUM…
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Menyambut Tahun 1432H.
 Masjid Al-Wahidah Kampung Perah bersama JKKK telah mengadakan majlis khas bagi menyambut Tahun Baru Hijrah 1432H pada 6 Disember 2010.
Pengisian program:
*Doa akhir tahun
*Doa awal tahun
*Bacaan yasin
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
doa-akhir-tahun DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
doa-awal-tahun
* Doa ini hendaklah dibaca ketika hari terakhir Bulan Zulhijjah 1431H pada 6hb Disember 2010.
  • Akhir tahun 1431H selepas solat Asar
  • Awal Tahun 1432H selepas solat Maghrib 
    SEMOGA TAHUN 1432H MEMBUKA LEMBARAN BARU DALAM HIDUP KITA SEMUA. SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI. INSYAALLAH.

Wednesday, November 17, 2010

Korban 2010


AidilAdha 1431H

Alhamdulillah tahun 2010, dimurahkan rezeki oleh Allah dimana tahun ini 7 ekor lembu dikorbankan di seluruh Kampung Perah oleh orang perseorangan dan juga sumbangan daripada badan dan individu tertentu.

JKKK Kampung Perah dan Masjid Al-Wahidah Kampung Perah menerima 2 ekor lembu: 1 ekor sumbangan daripada Majlis Keselamatan Dalam Negeri dan seekor lagi sumbangan peribadi daripada Tn. Hj. Aznel bin Ibrahim, Naib Ketua UMNO Bahagian Gerik. Terima kasih diucapkan semoga sumbangan ini mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah.

Semangat gotong royong, bantu membantu, tolong menolong dizahairkan melalui aktiviti korban seperti ini. Jelas wujudnya perpaduan yang kukuh di antara semua penduduk. Tahniah dan syabas kepada semua.

Monday, November 8, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...