Wednesday, December 29, 2010

Aktiviti Platun RELA Kampung Perah

26 Disember 2010, Platun RELA Kampung Perah yang diketuai oleh En. Kamaruddin bin Mat Hashim telah mengadakan aktiviti pengambilan anggota baru, latihan kawad dan gotong royong membersihkan masjid.

Platun RELA Kampung Perah mempunyai anggota seramai hampir 200 orang dengan 35 daripada mempunyai uniform lengkap dan bergiat aktif bersama JKKK Kampung Perah serta penduduk membenteras aktiviti tidak sihat dan tidak bermoral, serta mengekang kegiatan jenayah terutamanya yang melibatkan kecurian getah.

Pada hari tersebut, tiga (3) anggota baru berjaya didaftarkan dan akan diserapkan ke dalam Briget RELA Muda.
Pendaftaran Anggota Bridget RELA Muda


Anggota RELA Platun Kampung Perah lengkap beruniform.



Latihan Kawad untuk memberi pendedahan kepada anggota tentang apa itu kawad
Memahirkan anggota dengan "order" dan "step" kawad
Menerapkan disiplin kawad dalam kehidupan seharian
Gotong royong membersihkan kawasan Masjid Al-Wahidah Kampung Perah dengan dibantu oleh Belia Bentara Kampung Perah


Terima kasih semua.





Program Bulan Muharram 1432H

Masjid Al-Wahidah Kampung Perah bersama JKKK Kampung Perah telah mengadakan Ceramah Perdana sempena Muharram 1432H pada 23 Disember 2010 bertempat di Masjid Al-Wahidah Kampung Perah. Penceramah yang diundang khas pada malam tersebut ialah Al-Fadhil Ustaz Azhar Ahmad (PTA Gerik)

Pada siangnya, 1 kawah bubur asyura dikacau secara bergotong royong sebagai menu utama jamuan ringan selepas selesai ceramah.

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan. Biasanya ia dibuat  pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha

Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. Di Kampung Perah, resepi yang digunakan merupakan resepi turun temurun.


Gotong royong mengacau bubur asyura
Bubur yang sedang dikacau. Mengambil masa 3-4 jam untuk masak. Perlu dikacau sentiasa untuk mengelakkan ianya hangit.
Bubur asyura  yang telah masak. Sedia untuk dihidangkan.
 
 Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar




Jemaah daripada kaum ibu yang turut hadir.
Menikmati bubur asyura selepas ceramah

Saturday, December 18, 2010

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

Slogan keramat yang menjadi pegangan penduduk Kampung Perah "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT" telah diamalkan sejak dulu lagi, berterusan sehingga sekarang dan InsyaAllah akan berterusan sampai bila-bila.

Semangat pemuafakatan yang wujud di kalangan penduduk tanpa mengira fahaman politik, tanpa mengira batas usia, tanpa mengira jantina  ditunjukkan dengan sikap gotong royong melaksanakan majlis walimatulurus, gotong royong, program-program keagamaan dan lain-lain aktiviti melibatkan kerjasama semua pihak. Berikut dipaparkan gambar-gambar sempena Majlis Walimatul Urus di rumah En. Yusof Ripin pada 17 Disember 2010.

 Ketua Kampung, En. Kamaruddin Mat Hashim bersama anak buah memotong daging.



Belia Bentara Kampung Perah kembali bergerak aktif menghidupkan kembali "tradisi menghidang" semasa majlis kenduri kendara. Bilamana kebanyakkan kampung mengadakan majlis kenduri secara "buffet", Kampung Perah masih mempertahankan tradisi menghidang yang lebih menyerlahkan jati diri Melayu dan semangat gotong royong. Tahniah semoga semangat ini akan berterusan.

Bro... Kurangkan gula dalam sirap. Tambahkan senyuman...

makan 2nd time lepas penat dok angkat talam kat org lain.

BENARLAH KATA PEPATAH 'MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru 1432H

ASSALAMUALAIKUM…
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Menyambut Tahun 1432H.
 Masjid Al-Wahidah Kampung Perah bersama JKKK telah mengadakan majlis khas bagi menyambut Tahun Baru Hijrah 1432H pada 6 Disember 2010.
Pengisian program:
*Doa akhir tahun
*Doa awal tahun
*Bacaan yasin
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
doa-akhir-tahun DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
doa-awal-tahun
* Doa ini hendaklah dibaca ketika hari terakhir Bulan Zulhijjah 1431H pada 6hb Disember 2010.
  • Akhir tahun 1431H selepas solat Asar
  • Awal Tahun 1432H selepas solat Maghrib 
    SEMOGA TAHUN 1432H MEMBUKA LEMBARAN BARU DALAM HIDUP KITA SEMUA. SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI. INSYAALLAH.

Pelancaran Bridget RELA Muda Peringkat Negeri Perak 2010

Tiga anggota RELA Platun Kampung Perah telah menyertai majlis Pelancaran Bridget RELA Muda Peringkat Negeri Perak di Lumut, Perak pada 5 Disember 2010 yang lalu.

Anggota yang terlibat ialah:
1. Mohamad Ridzuan bin Mohd Akhir (Bob)
2.Wan Muhammad Zaris Hisyam bin Wan Seman (Achik)
3. Am (Man Tafkir)
Tahniah!

Aktiviti Pencegahan Jenayah

Pada 4 Disember 2010 (Sabtu), jam 4.00 petang 5 orang anggota RELA Platun Kampung Perah telah memberkas seorang lelaki, MOHD SAFRI BIN RAMLI yang disyaki mencuri getah.
Ketika kejadian, lelaki tersebut dari Kampung Bandariang sedang merayau-rayau di kebun getah yang bukan miliknya di kawasan sempadan Perah-Jagor. Beliau disyaki suspek utama dalam kes kecurian getah yang sering berlaku di kawasan tersebut.
Anggota polis yang tiba tidak lama kemudian telah membawa lelaki tersebut ke Balai Polis Bersia untuk tindakan lanjut.

ANGGOTA RELA YANG TERLIBAT:
1. Kamaruddin bin Mat Hashim (Ketua Kampung/Ketua Platun Rela)
2. Mohd. Noor bin Ariffin
3. Mohd. Sharifuddin bin Abu Hassan
4. Basharudin bin Marzuki
5. Mohamad Ridzuan bin Mohd Akhir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...